Wednesday, June 3, 2009
Rakyat kesian kepada mu, YB MB
Kami merujuk kepada blog kamu yang penuh dengan rasa kecewa kerana tidak disambut baik oleh Rakyat Perak.
Kami kesian kepada mu.YB MB.
Kami tidak tahu kamu adalah "terlantik paksa" oleh pihak atasan atau "merebut mati-matian" untuk mendapatkan jawatan sebagai MB Perak separuh selepas BN berjaya mendapatkan 3 katak-katak politik.
Bagaimanapun, kamu mesti faham kamu akan menjadi MB yang mendapat sokongan kurang daripada 50% rakyat Perak.
Kami kesian kepada mu, YB MB.
Kamu rasa sedih kerana terdapat Rakyat yang tidak meyambut kamu dengan penuh kehormatan seperti MB-MB dahulu dan terpaksa menyamar tidak akan menyalahkan Rakyat tetapi mereka yang membenam benih kebencian.
Tetapi YB jangan lupa Rakyat dulu juga menyambut MB-MB BN dengan penuh kehormatan walaupun mereka mungkin penyokong parti lain.
Sekali lagi, YB yang berpelajaran tinggi sampai phD mesti faham mengapa ada Rakyat yang merasa lebih kecewa daripada YB MB.
Kami kesian kepada mu, YB MB.
Kamu mesti mendapati bukan sahaja Rakyat Perak yang manjauhi YB, tetapi juga rakan seperjuangan mu seperti PM 1-Malaysia, rakan-rakan seperjuangan sama parti dan komponen-komponen parti lain yang biarkan kamu seorang menghadapi rakyak-rakyat Perak yang rasa sangsi terhadap sah tak sah sebagai MB.
Kami kesian kepada mu, YB MB.
Tetapi yang buat YB kecewa sekali bukanlah rakyat Perak tetepi rakan-rakan seperjuangan yang tak mahu tolong tetapi mengharapkan jawatan-jawatan. Kamu terpaksa memberi jawatan kepada ahli-ahli komponen seperti MCA. Kamu juga terpaksa memberi jawatan kepada mereka yang tiada YB seperti Gerakan dan MIC.
Yang teruk sekali, kamu mungkin juga terpaksa mengosongkan jawatan-jawatan kepada 3 katak-katak politik yang paling dibenci oleh Rakyat Perak.
Kami kesian kepada mu, YB MB.
Rakyat kesian kepada mu kerana sampai sekarang kamu masih ingat Rakyat bodoh dan mudah diperdayai. Rakyat hanya ingin beri tahu YB -bukan sahaja BN bijak, Rakyat sekarang juga bijak-bijak belaka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
rakyat jelata muntah darah memikirkan tingkahlaku BN dan Dr.Zombie. Tiada maaf bagimu berdua.Biar kuasa rakyat menyuratkan takdir dan jahanammu di neraka.
Post a Comment